Dedicated to everyone who wonders if I'm writing about them. I do.

Monday, 11 May 2015

Busy

Sabar liyana sabar,
Lagi berapa minggu jer nak habiskan sem ni. Lepas tu finals then doneee you are free to go.

So, I know that this is not helpful at all, this will not make you feel better but honestly this is the only thing that you can do.
Sabar, hang in there.

All these things shall pass, soon.

Friday, 8 May 2015

People

Paling sedih, just when you thought you have it all "I'm so happy it seems like I've found my place everything is nice people are nice"

Then something happened. People left, things stumbled. You looked back and wonder what's wrong what's going on? No darling everything is fine. People left when they feel like they need to. And sometimes they'll leave their mess around just in case.

Yang paling bangang is those who left you lepas korek semua all your secrets cukup untuk digunakan untuk defame you and your anak cucu for the next 3 generations. Bangang betul.

Tapi still paling bangang kita sendiri sebab let people in at the first place, told you some people do stabbed your back.

Awas. 


Wednesday, 6 May 2015

Hi jodoh.

If one day aku ada boyfriend,

Aku akan mintak satu hal jer; jangan banyak bercakap sangat. Let me do all the talking.

Kau boleh bercakap tapi cakap yang bernas-bernas jer, dan bila perlu jer.

Sebab jujur based on experience aku, bingit lah kalau dua-dua sama sama nak bercakap tak nak mengalah. Kau lelaki bagi peluang dekat aku bagi aku punya opinion dulu lepas tu baru voice out kau punya.

Tapi takdelah to the extend yang takde freedom of speech at all. Logik gila.

Kalau lah, kalau.
Tapi tak salah kot bersangka baik.

Gedik.

Land law 2

Biasanya aku tak salahkan orang lain kalau aku sendiri yang bangang. Maksudnya sikap atau perangai aku sendiri yang menyebabkan masalah tu terjadi.

Macam lecturer land law 2 aku,
Dia punya lah baik, mengajar pun okay.
Jadi bila aku cakap aku tak faham land law aku tak salahkan dia sebab tak faham jiwa aku, tapi aku salahkan diri sendiri sebab bangang.

Aku rasa mungkin aura dia tak sampai lagi ke aku,
Atau land law memang bukan forte aku haha.
Sorry madam.

Memang nasib diri sendiri; lagi suka lecturer garang yang tahap nak makan orang daripada lecturer yang memang baik sangat sangat.

Lulzz.

Errr

Liyana,

Kita sama-sama tahu yang performance dalam tests and midsem this sem rasanya paling teruk dalam sejarah kehidupan seorang Liyana.

Hahaha padan muka.

Mungkin ini tanda Tuhan nak bagi sedar. Jadi kau sepatutnya tahu Liyana kadang-kadang Tuhan balas semua kesalahan dan kesilapan kita hari ni jugak, Dia tak tunggu nanti nanti.

Maka rajin-rajin lah kejar pahala. Tuhan tu kan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang :)

Unexpected things

Aku rasa benda-benda yang kau tak jangka/expect boleh jadi comel.

Macam kau suka someone ni, tapi unexpectedly later kau discover yang dia suka kau jugak,

Serius, comel jer.

Tapi macam biasa, hal-hal yang comel comel ni biasanya jarang berlaku kat orang yang tak berapa comel macam aku. Kesian.

Pasrah kejap.

Tuesday, 5 May 2015

Contoh

Kau cakap macam orang gila pun berkhutbah sana sini tung tang tung tang,
Isi dia satu jer :

Kalau kau tak mampu tunjuk contoh yang baik takde guna.

Macam cikgu disiplin aku masa sekolah dulu,
Hari hari dekat perhimpunan takde benda lain yang nak cakap, hari hari pasal disiplin pelajar yang kononya makin teruk makin tunjuk perangai memberontak

Pelajar jangan datang lambat. Pelajar jangan langgar peraturan sekolah. Pelajar jangan ponteng. Pelajar jangan hisap rokok. Pelajar jangan keluar kelas sebelum waktu p & p habis. Pelajar jangan lupa bagi salam.

Esok kau jumpa dia tengah jalan, kau bagi salam langsung tak jawab (mungkin dia tak tahu yang bagi salam tak wajib, jawab salam yang wajib)

Lusa, kau jumpa dia dekat kantin tengah hisap rokok sambil minum teh ais. Minggu depan kau jumpa dia pukul 7:40 baru terkedek masuk pagar sekolah.

Dah tu macam mana ni?

Senang jer, you lead by examples.

Panaih nya pd

Perempuan

Eh liyana,

Mungkin sekarang dah tiba masa nya kau belajar jadi perempuan sikit.
Berhenti lah sibuk sibuk nak jadi pemimpin, aktivis, peguam tersohor, jutawan terkemuka, kononnya nak bantu masyarakat,
Kerja kau sekarang adalah belajar jadi perempuan,
Bercakap macam perempuan, berjalan macam perempuan, senyum macam perempuan.

Dunia sekarang ni pelik, ramai sangat nak jadi Tuhan.
Semakin kau jadi diri sendiri semakin ramai yang anti,
Semakin kau fikir ke hadapan semakin ramai yang halang langkah kau,
Tak faham kan? Tak payah persoalkan diorang cakap itu bukan isu,

Definisi perempuan kita; pakai kain, pakai tudung, cakap lemah lembut, berjalan lemah gemalai,
Yang tu yang dikisahkan,
Hal tak jaga ikhtilat dengan bukan mahram, hal pemalas nak buat kerja, hal bilik bersepah, hal tak dekat dengan Tuhan,  hal hipokrit depan cakap lain belakang cakap lain,
Takde manusia yang kisah.

Cakap banyak pun tak guna,

Dunia kata kau yang pelik, syabas.


Mungkin diorang tak tahu, liyana maksudnya kelembutan. So basically by nature maybe aku memang lemah lembut. No? Nayy? No way? Hmmm.